Asrama Kasih YBK Gesir

RM400

Terkumpul dari RM700

RM400 / RM700

Disediakan oleh:
Yayasan Basmi Kemiskinan
No. 32 & 34, Jalan SS7/24 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya,Selangor
+60(3) 78750036

Matlumat

ASRAMA KASIH YBK GESIR atau dikenali juga sebagai Jambor Sakti adalah program pendidikan pelajar miskin dari seluruh negara. Asrama ini menempatkan pelajar miskin luar bandar dari kalangan anak yatim, piatu, dan seumpamanya berpotensi untuk berjaya dalam pelajaran. Terletak di Kg. Gesir Tengah, Hulu Bernam, asrama ini merupakan rumah yang disumbangkan oleh Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Mula beroperasi pada tahun 2003 dan semua pelajar bersekolah di SK Gesir Tengah.
Asrama menyediakan kemudahan penginapan, makanan, pembiayaan persekolahan, pengangkutan sekolah dan pendidikan agama secara percuma yang dibiayai oleh YBK. Asrama ini memberi ruang kepada pelajar miskin melalui proses pembelajaran yang sempurna dan seterusnya memastikan masa depan yang lebih terjamin. Di asrama ini pelajar akan dibantu menguruskan diri dengan disiplin dan bimbingan sahsiah yang sempurna.
✅ OBJEKTIF : Memberikan pelajar terpilih pembiayaan sara hidup, persekolahan & sahsiah.
✅ KUMPULAN SASAR : Pelajar yatim/piatu/miskin berumur 9 hingga 12 tahun (darjah 3 hingga 6).
✅ KEMUDAHAN : Penginapan, makan dan minum, persekolahan, pengangkutan dan pendidikan agama.
✅ CARA KEMASUKAN : Perakuan sekolah; Senarai pendek; Siasatan terus.
Pemilihan untuk kemasukan pelajar dilakukan sepanjang tahun dan keutamaan adalah berdasarkan tahap kemiskinan keluarga (pendapatan per kapita, bilangan isi rumah), pencapaian akademik yang memuaskan (keputusan peperiksaan dan Ujian IQ), status pelajar (anak yatim piatu dan yatim akan diberi keutamaan). Pelajar yang disenarai pendek akan ditemuduga oleh YBK.

Penyumbang

Bil Name Organisasi Jumlah(RM)
1 Ahmad YBK 20
2 Ali YBK 20
3 Abu YBK 20
4 Siti YBK 20
5 Aminah YBK 20
Kembali