Asrama Kasih YBK Serendah

RM400

Terkumpul dari RM1000

RM400 / RM1000

Disediakan oleh:
Yayasan Basmi Kemiskinan
No. 32 & 34, Jalan SS7/24 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya,Selangor
+60(3) 78750036

Matlumat

ASRAMA KASIH YBK SERENDAH adalah program pembiayaan pembelajaran dan kehidupan pelajar miskin dan yatim. Asrama ini terletak di Kg. Seri Serendah, Mukim Serendah, Hulu Selangor, dan dibangunkan pada tahun 1994 dengan pengubahsuaian pada tahun 2000. Objektif ASKA Serendah adalah untuk membantu pelajar dengan kemudahan dan pembiayaan sara hidup, pembelajaran dan pembangunan sahsiah. Semua pelajar bersekolah di SMK Serendah.
Penginapan, duit belanja harian, dan makan percuma disediakan kepada semua pelajar di samping kelas-kelas bimbingan. Dengan kemudahan infrastruktur antaranya seperti surau, perpustakaan dan bilik komputer, YBK yakin dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan memiliki sahsiah hidup yang baik. YBK tidak lupa memberikan penekanan soal sikap dan disiplin melalui kelas pengajian Pendidikan Islam dan aktiviti seperti kelas silat dan pelbagai lagi.
✅ OBJEKTIF : Kemudahan sara-hidup, pembelajaran & sahsiah pelajar.
✅ KUMPULAN SASAR : Pelajar miskin dan yatim dengan minimum gred 2A dalam peperiksaan UPSR.
✅ PEMBIAYAAN MAKAN : Bantuan Makanan Asrama (BMA) @ RM17.00 seorang/hari.
✅ KOS SARA HIDUP PELAJAR : RM48,000.00 (untuk 5 tahun).
✅ KOS PEMBANGUNAN : RM3,258,000.00 (Tanah: RM95,625.00)
✅ KOS OPERASI (1994-2014) : RM12,401,355.61
✅ CARA KEMASUKAN : Perakuan sekolah; Senarai pendek; Siasatan terus.

Penyumbang

Bil Name Organisasi Jumlah(RM)
1 Ahmad YBK 20
2 Ali YBK 20
3 Abu YBK 20
4 Siti YBK 20
5 Aminah YBK 20
Kembali