Berkenaan Laman Ini

PENDANAAN AWAM adalah platform atau cara pengumpulan dana bagi membiayai kos sesuatu program atau projek yang sedang atau bakal dilaksanakan. Lazimnya dana diperoleh daripada sekumpulan individu, daripada komuniti, atau masyarakat umum melalui pelbagai kaedah.

Dalam bahasa Inggeris, terma yang digunakan adalah 'Crowd Funding'.

on Ahad Februari 16 by audifaliq

Laman PORTAL PENDANAAN AWAM YBK ini bertindak sebagai pusat sehenti bagi para dermawan untuk menyumbang kepada program dan projek yang dilaksanakan oleh YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK).

Melalui laman ini, sumbangan kepada program dan projek YBK boleh disalurkan secara terus melalui sistem FPX @ Paynet dengan pantas dan mudah di hujung jari anda.

on Ahad Februari 16 by audifaliq

Tidak semua program atau projek YBK memerlukan pendanaan awam untuk dilaksanakan. Untuk rekod, hampir semua program dan projek YBK sejak penubuhannya dibiayai sepenuhnya melalui pelbagai cara selain pendanaan awam.

Walau bagaimanapun, YBK berhasrat untuk menjadi satu laman amal bagi para dermawan menyumbang bersama-sama bagi menuai pahala @ saham akhirat. Justeru, beberapa program dan projek YBK mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai melalui pendanaan awam.

on Ahad Februari 16 by audifaliq

Portal ini menggunakan sistem keselamatan SSL di keseluruhan laman web dan sambungan (connection) antara laman ini dengan peranti (device) anda dilindungi (secure).

YBK menggunakan gerbang pembayaran (payment gateway) yang dibangunkan oleh Billplz Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat tempatan. Gerbang pembayaran ini juga digunakan oleh banyak NGO dan syarikat tempatan di Malaysia.

on Ahad Februari 16 by audifaliq

Laman Web YBK dan Portal Pendanaan Awam ini menggunakan alamat laman yang berbeza tetapi kedua-duanya diuruskan sepenuhnya oleh YAYASAN BASMI KEMISKINAN.

Ini dilakukan bagi memudahkan pentadbiran laman di mana fokus Portal ini hanya sebagai platform untuk menderma. Info lanjut berkenaan YBK boleh diperoleh daripada laman web YBK (www.ybk.org.my).

on Ahad Februari 16 by audifaliq